Wednesday 21 March 2012

KASIHNYA IBU

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

 Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.

Air Mata Ibu
Oleh Siti Nurhaliza
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu

Wednesday 14 March 2012

MUTIARA KATA HARI INI


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Hari ini sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Hari ini sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

hari ini sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Hari ini sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

Saturday 10 March 2012

NOTA LELAKI KPD PEREMPUAN COMEL SPNJG HIDUP


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,
Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.

Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.