Tuesday, 14 October 2014

Titiskanlah Air Mata Kerana Video Ini..





kerana saya sayang anda ....



bolehkah kita mengatakan bahawa kita ini beriman sedangkan kita ini tidak di uji...

titiskanlah airmata kerana menghayati video ini, krn itu buktinya cinta kita kepada DIA..

Sunday, 26 January 2014

,,,;;;;;;; SAHABAT ;;;;;;;,,,,


"Assalamualaikum..."
Bismillahirrahmanirrahim....

Apa itu erti SAHABAT dalam hidup kita?
SAHABAT adalah seseorang yang selalu menemani kita dikala suka dan duka. Tanpa SAHABAT, hidup kita mungkin akan terasa kesunyian. Tiada teman untuk berbicara, tiada teman untuk bergurau senda, dan tiada teman untuk meluahkan rasa. 

"A FRIEND IS SOMEONE WHO KNOWS ALL ABOUT YOU, AND LOVE YOU ALL THE SAME"

Menyentuh mengenai sahabat, saya baru kehilangan seorang sahabat yang sangat baik. Berita pemergiannya sangat mengejutkan saya dan kawan2 yang lain. Namun, kami semua redha dengan pemergiannya menghadap Ilahi.. Allah lebih menyayanginya.. Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan bas untuk pulang. Bas yang dinaiki telah hilang kawalan lalu terbabas di lereng bukit di tepi jalan.. Melihatkan berita itu hati saya menjadi hiba serta merta.. siapa sangka dalam umur yang begitu muda Allah telah memanggil menghadap NYA. kau sangat bertuah SAHABAT kerana telah dipilih bertemu dengan-NYA.  
Takdir Allah telah menetapkan bahawa beliau pergi dulu sebelum kami. Semoga Allah menempatkannya bersama orang2 Mukmin.. ameen.. Al-Fatihah 

Kematian tidak mengira usia muda atau tua.. apabila telah sampai waktu kita kembali kepada pencipta kita, kita perlu bersedia dari awal. 

Sebak hati mengingatkan SAHABAT yang telah pergi. semoga Allah mencucuri rahmatNYA keatas roh mu wahai SAHABAT.. in shaa Allah, kami akan menyusul mu kemudian.

"kullu nafsin zdaa ikatul mautt.."
~setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..


Ini juga akan banyak mengikatkan kita tentang kematian.. semoga Allah meredhai kita semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah ku ungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
<3